Wednesday, December 7, 2016

TUGASAN INDIVIDU 6 : 10 GAMBAR ALAT BANTU MENGAJAR

PRUDUK : PUNISHMENT BOX

PENERANGAN
Kotak ini dibuat 100% daripada bahan terpakai dan bahan buangan. Tiada satu pun bahan bahan yang perlu dibeli untuk hasilkan produk ini. Kotak ini ada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah PUNISHMENT BOX bertujuan untuk mencabut undi hukuman-hukuman yang perlu diberi kepada pelajarsekiranya mereka melakukan kesalahan (membuat bising,tidak siap kerja sekolah, mengganggu dan sebagainya) Bahagian kedua adalah REWARD BOX, bahagian ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik dan boleh menjawab soalan yang diberikan. Bahagian yang terakhir adalah MAGIC BOX, bahagian ini adalah bertujuan untuk mencabut setting pembelajaran. Mungkin pada hari itu kitaakan belajar di taman atau di makmal atau di bawah pokok dan sebagainya.












TUGASAN BERKUMPULAN : THE MAKING OF BBM

 


PRODUCT : PUNISHMENT BOX
GROUP : 1


TUGASAN BERKUMPULAN ESEI

Berikut adalah tugasan esei berkumpulan kumpulan 1.


PERSEPSI PELAJAR UKM TERHADAP PENGGUNAAN MOOC DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ahli Kumpulan

1.         LUQMANUL HAKIM BIN MOHAMAND NOOR     (A150462)
2.         MAISARAH BINTI ISMAIL     (A150983)
3.         MUHAMMAD NASHRULLAH BIN AYOB KHAN     (A152030)
4.         NUR SHUHADA BINTI MUHAMMAD MUSTAFFARIZAN     (A152090)

Tugasan dihantar secara hard copy

TUGASAN INDIVIDU 5 : ISU DALAM TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN


Terdapat beberapa isu atau cabaran yang mungkin timbul dalam melaksanakan penggunaan teknologi dan inovasi dalam pendidikan. Antaranya termasuklah:

1. TIADA CAPAIAN INTERNET (WiFi)

2. PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA TELEFON PINTAR KE SEKOLAH

3. TIDAK MAHIR DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI

4. PERKAKAS TEKNLOLOGI YANG SERING ROSAK

5. MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK SET UP BAHAN BANTU MENGAJAR SEBELUM KELAS BERMULA

Image result for halangan penggunaan teknologi maklumat

Monday, December 5, 2016

TUGASAN INDIVIDU 4 : 10 LINK VIDEO INOVASI DAN TEKNOLOGI



Video teknologi yang berunsurkan penciptaan inovasi dan teknologi yang difikir oleh manusia untuk kesenangan manusia. Berikut adalah 10 link video yang bakal membawa anda kepada kehebatan teknologi hari ini:

1. https://www.youtube.com/watch?v=xfvLpyHDAx4

BMW Mini Demos Augmented Reality Glasses for Drivers

2. https://www.youtube.com/watch?v=IDgFMUVraGY

Purple Pillow - The World's First No Pressure Head Bed

3. https://www.youtube.com/watch?v=fXWuCtKbKpE

New invention Ecomo - Smart Water Bottles Test and Filter H2O Efficiently

4. https://www.youtube.com/watch?v=swNgjX0xHC8

FoldiMate Family™ : Robotic Laundry Folding Machine

5. https://www.youtube.com/watch?v=VJnvx7IhAmk

Bluesmart - The World's First Smart Connected Carry-on Suitcase

6. https://www.youtube.com/watch?v=09_vv93bfsY

Walli Wearables Smart Wallet

7. https://www.youtube.com/watch?v=jt2RXdhFavg

Dynamic Closet & Wardrobe Valet | Easy Dress – Metalprogetti

8. https://www.youtube.com/watch?v=S1jQL2Aa9vM

ThreadStax : Organizing your clothes with Magnets!

9. https://www.youtube.com/watch?v=V79sLFOgQUk

The Flak Sack by the Loctote Industrial Bag Co

10. https://www.youtube.com/watch?v=SytgpJzY3Uw

biēm butter sprayer

Sunday, December 4, 2016

TUGASAN INDIVIDU 3 : 10 Gambar Inovasi & Teknologi



1. FOLDIMATE
Foldimate sejenis mesin robotik yang berfungsi sebagai sebuah mesin yang mampu melipat pakaian. Hanya klipkan sahaja pakaian di luar dan mesin akan bantu melipatkan untuk manusia. Apa yang menarik adalah pakaian akan dilipat dengan kemas dan semua pakaian akan dilipat dengan saiz yang sama. Selain itu, teknologi ini juga disekalikan dengan wap yang mampu menghilangkan kedutan dan memberikan wangian kepada pakaian. Dengan adanya mesin seperti ini, ia akan memudahkan lagi tugas manusia dan menjimatkan masa serta menghasilkan output yang produktif




2. AIR UMBRELLA
Air umbrella atau payung udara merupakan satu lagi inovasi yang berjaya dihasilkan pada abad ini. Dewasa ini, manusia tidak perlu lagi membawa payung yang besar dan berat ke merata tempat. Hal ini kerana paying udara ini hanya memerlukann anda untuk membawa rodnya sahaja. Air hujan akan dihalang oleh udara yang disedut dari bawah payung tersebut. Secara ringkasnya, udara akan disedut melalui lubang dibawah rod paying dan akan dikeluarkan di atas rod payung dan menepis semua yang melalui di atasnya. Konsep ini akan menjadikan manusia yang berada dibawahnya terlindung daripada air hujan yang melalui di atas rod payung tersebut. Selain air hujan, rod ini juga mampu mengahalang benda asing daripada terkena manusia yang berada di bawah rod payung tersebut. Selain itu, rod payung ini boleh dikecilkan mengikut saiz yang kita perlukan. Oleh itu, inovasi ini bukan sahaja mudah digunakan tetapi ia juga menjimatkan ruang dan ringan.






3. ECOMO
Bagi pengguna Facebook pasti produk yang bakal saya perkatakan ini tidak lagi asing bagi anda. Hal ini kerana produk ini sudahpun viral di seluruh dunia hanya melalui sosial media dan menggunakan Facebook sebagai medium untuk pemasaran mereka. Produk yang saya maksudkan adalah ECOMO. ECOMO merupakan sebuah botol air pintar yang mampu memberitahu kepada pengguna akan kualiti air yang kita minum. Apa istimewanya produk ini? Pertama ECOMO merupakan botol air yang bersaiz sederhana dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Disebabkan botol airnya yang kecil, pengguna perlu mengisinya dengan air bila-bila masa sahaja pengguna memerlukannya. Sumber air boleh diambil di mana sahaja kerana botol air ini akan mengukur kebersihan air tersebut. Sekiranya air tersebut tercemar atau kotor, akan tertera BAD di gegelang botol, manakala sekiranya air tersebut bersih akan tertera perkataan GREAT di gegelang botol tersebut. Apa yang menarik lagi, gegelang yang terdapat pada botol boleh diletakkan di pergelangan tangan. Fungsi gegelang ini, adalah mengingatkan kepada pengguna berapa litter air yang sudah pengguna minum dan pada waktu bila pengguna perlu meminum air. Botol air pintar ini atau ECOMO didatangkan dengan pelbagai warna menarik dan berfizikalkan metalik. Selain daripada memperoleh kebaikan daripada fungsi botol ini pengguna juga boleh bergaya dengannya.





4. BRAGI DASH HEADPHONE
Semestinya pengguna telefon pintar memerlukan earphone atau headphone bagi tujuan mendengar dengan lebih jelas dan personal tanpa mengganggu atau diganggu oleh persekitaran. Kita sudah sinonim dengan headphone Bluetooth atau wireless. Tetapi inovasi kini telah melahirkan satu lagi produk headphone yang tidak bersambung. Ireka khas supaya ia benar-benar selesa di telinga tanpa memerlukan sokongan dibahagian kepala atau wayar. Direka dengan material dan getah yang lembut dan sesuai. Selain itu, Bragi Dash Headphone ini, mampu berfungsi tanpa ada telefon pintar disisi. Ia boleh menyimpan 1000 buah lagu di dalamnya. Disamping itu, ia juga direka dengan volume suara yang sesuai dengan keperluan telinga kita tanpa menjejaskan gegendang telinga. Ianya kecil, mudah, pelbagai fungsi dan selamat digunakan.



5. BLUESMART
Apabila bercakap mengenai bagasi, ramai yang khuatir dengan keselamatannya. Sudah ramai pengguna bagasi yang mengadu bahawa bagasinya hilang, barang yang dibawa daripada negara asal hilang sekelip mata dan bermacam lagi. BLUESMART merupakan bagasi pintar pertama yang direka dengan pelbagai fungsi. Siapa sangka bagasi anda boleh berhubung terus dengan telefon pintar anda. Kini anda boleh memehati keselamatan bagasi anda dengan menggunakan telefon pintar anda sahaja. Bayangkan sekiranya bagasi anda hilang, anda boleh mengesan lokasi bagasi anda dengan menggunakan telefon pintar anda. Selain daripada ciri-ciri keselamatan, bagasi ini juga tahan lasak dan direka khas dengan bentuk roda yang unik dan boleh bergerak dengan mudah. Bagasi ini juga boleh memberi amaran kepada anda sekiranya barang yang anda bawa berlebihan dan boleh dikenakan caj tambahan oleh syarikat penerbangan. Menarik bukan?







6. PENCIL PRINTER
Pencil Printer merupakan satu lagi inovasi baru yang dilahirkan dalam bidang pencetakan. Konsep mesin ini adalah menggunakan pensel sahaja bagi menyempurkan proses pencetakan. Hal ini bermakna anda tidak perlu mengeluarkan wang anda untuk memberi ink atau toner yang mahal. Kerana apa? Kerana mesin ini hanya menggunakan pensil sahaja. Disebabkan ia menggunakan rod di dalam batang pensil, anda boleh memadam segala kesalahan yang dilakukan setelah pencetakan selesai. Jadi anda tidak perlu lagi membazir wang untuk membeli kertas. Lihat banyak penjimatan yang boleh anda lakukan dengan memiliki Pencil Printer ini. Ianya juga kecil, ringan dan mudah digunakan.



7. SMART PLATE
SmartPlate adalah pinggan pintar yang mampu mengesan dan menganalisis semua yang anda makan. Antara fungsi dan kelebihan pinggan ini adalah ia dapat mengenal pasti, berat, analisis dan jurnal apa yang anda makan. Ia didatangi dengan aplikasi iOS / Android yang mengintegrasikan dengan peranti. Pinggan ini mempunyai kelebihan yang mana ia mampu mengesan nutrisi makanan yang anda makan dan nyatakannya di dalam telefon pintar anda. Jadi sekiranya anda ingin kekal sihat anda boleh memiliki pinggan pintar ini.





8. TRACKR BRAVO
TrackR Bravo: Peranti suku bersaiz kecil ini akan memastikan anda mencari kunci kena pada anda dalam masa yang singkat. Menggunakan aplikasi yang anda boleh dengan cepat mencari barangan tidak kena pada tempatnya anda di saat. penunjuk jaraknya membolehkan anda tahu bagaimana jarak anda dari barang-barang anda dan mendapati lokasi yang tepat. Jika anda tidak dapat melihat mereka (disembunyikan di bawah sofa), maka hanya menjadikan ia berdering dengan paip pada telefon pintar anda. Anda boleh menggunakan 2-jalan mencari tempat keupayaan untuk mencari telefon anda, hanya tekan butang pada TrackR anda, dan telefon anda akan berdering. Ia disokong oleh Crowd GPS Network, yang membuat perkara yang lebih mudah jika anda berlaku untuk meninggalkan kunci anda. Anda boleh menjejaki berbilang item pada aplikasi dan yang disesuaikan sepenuhnya bahawa bermakna anda menetapkan app untuk membunyikan nada tertentu apabila anda meninggalkan sesuatu di belakang. aplikasi yang serasi dengan telefon pintar iPhone dan Android. Ia mempunyai banyak kemudahan lain selain mengesan kunci anda, menggunakannya untuk mencari dompet, iPads, dan banyak lagi



9. BIG SKINNY WALLETS
Setiap orang pasti mempunyai dompet untuk menyimpan wang, kad dan bermacam lagi. Dompet merupakan salah satu benda penting yang perlu dimiliki oleh setiap orang. Dompet juga merupakan salah satu barang yang menjadi tarikan kepada penyeluk saku, peragut dan penjenayah. Apatah lagi sekiranya dompet yang kita miliki itu bersaiz besar dan tebal. Semestinya bentuk fizikal dompet seperti itu menjadi tarikan kepada penjenayah seperti peragut. Oleh itu, lahir satu inovasi baru yang menciptakan sebuah dompet nipis walaupun diisi dengan pelbagai benda. Dompet yang dimaksudkan adalah Big Skinny Wallets. Big Skinny Wallets terdiri daripada tiga komponen. Pertama adalah luaran dompet, yang direka daripada kulit standard. Di dalam dompet pula terdiri daripada poket dan slot kad daripada microfiber nilon, yang lebih nipis dan stretchier daripada bahan-bahan lain yang biasanya digunakan untuk pemegang kad. Akhir sekali, terdapat komponen ketiga, yang memberikan ia kelebihan. Ia adalah satu RFID melindungi Polyblend tembaga dan nikel.





10. I-SLEEP.
I- Sleep adalah alat yang bagus untuk membantu menyelesaikan fikiran anda untuk tidur yang lebih baik. Ia menggunakan voltan boleh laras digunakan melalui klip telinga melekat pada paras bahu anda. Ia mempunyai pakej yang baik dengan kualiti yang hebat. Ia menggunakan bioelectricity untuk mengimbangi teknologi minda untuk meningkatkan aktiviti gelombang Alpha, mengurangkan aktiviti gelombang Delta, oleh itu untuk mengimbangi gangguan otak daripada tidur untuk meningkatkan kualiti tidur. Dengan bentuk dan telinga klip kecil gaya tangan, ia adalah mesra pengguna. Orang menggunakan ia secara semula jadi suka berada memakai alat dengar. Kira-kira 20 minit selepas menggunakannya, anda akan jatuh tidur nyenyak. Selepas menggunakannya selama lebih daripada 3 bulan, tidur bertambah baik dengan ketara. Ia diluluskan oleh CE & FCC sijil, selamat dan berkesan.